Sekatan EU Mula ‘Menggigit’, Eksport Gas Gazprom Rusia Terendah Abad Ini!

201

Eksport Gazprom ke pasaran asing utamanya mencecah tahap terendah sejak sekurang-kurangnya awal abad ini ekoran aliran ke Eropah yang berkurangan.

Gergasi gas Rusia itu menghantar 100.9 bilion meter padu bahan api ke negara-negara di luar bekas Kesatuan Soviet tahun ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alexey Miller.

Berbanding pada 2021, ia merupakan penurunan yang agak ketara dengan catatan 46% lebih rendah pada 2022.

Penghantaran Gazprom ke Eropah telah menyusut selama berbulan-bulan apabila Kremlin bertindak balas terhadap sekatan yang dikenakan oleh EU susulan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Hampir semua laluan saluran paip utama yang menghantar gas Rusia telah terjejas dari pelbagai aliran, manakala bekalan beberapa negara Eropah telah terputus sepenuhnya pada awal tahun ini selepas enggan membayar bekalan dalam ruble.

Sementara itu, Gazprom telah meningkatkan bekalan secara beransur-ansur ke China dengan jumlah harian pada bulan Disember mengatasi paras kontrak dan mencapai rekod dalam beberapa hari.

Dalam pada itu, pengeluaran gas Gazprom telah jatuh kepada 412.6 bilion meter padu tahun ini, kata Miller.

Ini adalah penurunan hampir 20% daripada 2021 dan merupakan yang terendah sejak sekurang-kurangnya 2008, menurut data syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat