Setelah Gagal Atasi Rintangan Minggu Lalu, GBP/USD Susut Rendah Semula

150

US dolar berjaya pamerkan pengukuhan semula pada sesi Eropah sehingga ke penghujung sesi New York semalam (Selasa) berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Data keyakinan pengguna (CB consumer confidence) Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Jun yang diterbitkan semalam jatuh kepada 98.7, paras terendah sejak Februari 2021 menunjukkan penurunan terhadap indikator perbelanjaan pengguna untuk ekonomi terbesar di dunia itu.

Perkembangan di UK, Perdana Menteri Boris Johnson masih ingin meneruskan rancangan untuk meluluskan undang-undang melalui parlimen bagi membatalkan sebahagian daripada perjanjian perceraian Brexit berhubung perdagangan Ireland Utara.

Namun, besar jangkaan bahawa perkara ini sama sekali akan ditentang sepenuhnya oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana melanggar perjanjian asal ketika UK secara rasminya berpisah dengan blok Eropah.

Selain itu, pelabur akan meneliti ucapan oleh Gabenor Bank Of England (BOE) Andrew Bailey dalam acara forum anjuran European Central Bank (ECB) di Portugal, bagi mendapatkan petunjuk tentang rancangan BOE untuk menaikkan kadar faedah selanjutnya pada mesyuarat Ogos.

Justeru, pergerakan suram mata wang Pound terus membuatkan para pelabur kekal berwaspada dengan faktor-faktor tekanan ekonomi yang masih menyelubungi UK.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, Pound kembali tersungkur sementara US dolar berjaya mendominasi pasaran dengan penurunan harian dicatatkan sekitar 100 pips.

Situasi ini telah dijangkakan penganalisis selepas menilai paras rintangan pada 1.23000 masih bergelut untuk harga tembusi sejak dagangan minggu lalu bersambung pada awal minggu ini.

Isyarat pergerakan bearish juga dihadam pelabur apabila harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebelum penurunan lanjut harga berlaku sehingga ke penghujung sesi New York.

Kejatuhan harga dilihat kembali menguji zon support pada 1.22000 sebelum mendatar di sekitar tersebut bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu) dengan kelihatan sedikit kenaikan yang lemah di paparkan semula.

Sekiranya trend bearish harga berterusan, dijangkakan harga yang bergerak susut di bawah zon 1.22000 akan menuju pula ke sekitar 1.21000 untuk catatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Penurunan lanjut yang masih diteruskan boleh mencecah semula ke zon support pada 1.2000 selepas penurunan harga pada pertengahan Jun lalu ke zon tersebut telah merekodkan paras terendah harga untuk tempoh dagangan 2 tahun.

Sebaliknya jika penurunan gagal diteruskan dan harga melantun semula, tumpuan akan terarah semula pada rintangan 1.23000 untuk diuji yang masih lagi belum berjaya ditembusi.

Jika rintangan tersebut berjaya diatasi, harga bakal meneruskan lonjakan lebih tinggi menuju pula zon rintangan seterusnya pada ketinggian 1.24000 yang telah menjadi tumpuan ketika reaksi keputusan mesyuarat BOE.

Kenaikan seterusnya dilihat bakal menuju hingga ke zon rintangan 1.25000 untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat