Siap Sedia! Token AI Bakal Meletup Tidak Lama Lagi?

860

“Ada banyak jenis token AI, takkan semuanya akan naik kot.”

Gelombang artificial intelligence (AI) telah semakin meningkat pada tahun ini, tetapi aset digital berkaitan AI malangnya menyusut semasa pasaran mata wang kripto menyaksikan pergerakan bearish.

Ini dapat dilihat pada token AI yang didagangkan mendatar seiring dengan keseluruhan pergerakan pasaran kripto semasa. Namun, perlu diketahui bahawa terdapat beberapa faktor tertentu yang dapat mendorong harganya naik tinggi.

Antaranya adalah, bursa kripto Bitget yang baru-baru ini berpandangan bahawa token AI akan bangkit semula dalam masa terdekat ini.

Selain itu, token AI mungkin dapat melihat peningkatan dalam nilainya apabila terdapat kemajuan ketara, kejayaan ataupun perkembangan yang boleh menarik perhatian pasaran kripto beralih kepada teknologi AI.

Syarikat-syarikat utama dalam ruang AI yang memperkenalkan produk baharu mahupun membuat penambahbaikan pada produk sedia ada juga mampu mempengaruhi token AI untuk mencanak daripada harga semasanya.

Misalnya, platform pembelajaran mesin decentralized Fetch.ai dan platform perkongsian data Ocean telah dapat daya tarikan sejak pertengahan Ogos 2023 selepas lancarkan sistem pertukaran data decentralized yang direka untuk beri cadangan data sambil kekalkan privasi pengguna.

Rentetan itu, harga token AI dijangka naik apabila berita dan liputan media berkenaan AI adalah positif susulan pelabur akan mula berminat untuk beli sejumlah besar aset digital berkaitan AI.

Bukan itu sahaja, pelabur runcit juga akan berpusu-pusu beli token AI kerana FOMO mungkin tercetus apabila mereka melihat ramai orang menjana keuntungan daripada kenaikan harganya yang bakal lonjak lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat