Skim Ponzi $100 Juta! Syarikat Kripto Ini Mangsa SEC Seterusnya!

244

“Macam mana la SEC tak asyik serang kalau syarikat kripto tak reti nak behave.”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan terhadap syarikat dana lindungi nilai mata wang kripto BKCoin dan co-founder mereka bernama Kevin Kang atas dakwaan menipu aset digital bernilai $100 juta.

Umum mengetahui bahawa mahkamah Florida memberi kelulusan kepada SEC untuk membekukan aset syarikat tersebut yang berpangkalan di Miami.

Menurut pihak berkuasa, BKCoin dan Kang telah mengumpulkan lebih 50 pelabur dan menggunakan sebahagian dana dijana mereka untuk kegunaan peribadi serta membuat pembayaran seperti skim ponzi.

Kang ditamatkan daripada jawatannya pada Disember 2022 selepas SEC mendakwanya mengeksploitasi dana pelabur bernilai $12 juta untuk bercuti, beli sebuah kondo di New York City dan beberapa perkara lain.

Sementara BKCoin didapati menipu pelabur dengan berkata bahawa mereka telah memperoleh pendapat audit daripada empat pegawai audit atasan, di mana hakikatnya BKCoin mahupun syarikat lain dapat menerima audit pada bila-bila masa.

Semasa bercakap tentang penyelewengan berterusan BKCoin, Pengarah Pejabat Wilayah Miami SEC Eric I.Bustillo berkata pelabur mengamanahkan wangnya kepada defendan untuk berdagang dalam kripto tetapi defendan menyalahgunakan wang mereka bagi cipta dokumen palsu dan skim ponzi.

Susulan itu, Bustillo berhasrat lakukan tindakan lebih agresif untuk lindungi pelabur dan hapuskan penipuan dalam pasaran kripto dengan laksanakan penalti sivil serta injuksi terhadap BKCoin termasuk Kang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat