Stacks Meroket 40% Dalam Seminggu Je, Ada Sesuatu Ke Ni?

429

“Wow naik banyak juga, ada ke siapa-siapa yang beli kripto ni?”

Mata wang kripto Stacks (STX) yang merupakan rangkaian layer-2 memberi keterujaan kepada para pelabur apabila harganya menggunung tinggi sehingga $1.28 setelah sekian lama berlegar-legar di bawah paras tersebut.

Rentetan daripada kenaikan harga STX itu, modal pasarannya telah mendaki melebihi $1.7 bilion di mana kali terakhir aset digital tersebut didagangkan pada paras $1.28 adalah pada Mac tahun ini.

Sekiranya diperhatikan seluruh pasaran kripto pada hari ini, kenaikan harga STX berjaya mengatasi kerugian lebih luas yang dialami beberapa altcoin ditambah pula Bitcoin (BTC) masih tidak dapat memecahkan zon rintangannya pada $44,452.

Beberapa minggu lalu kejutan baharu disaksikan dalam inscriptions iaitu metadata dibenamkan pada satoshi yang merupakan unit terkecil BTC, ini kerana imej dan metadata lain misalnya non-fungible token (NFT) pada BTC telah mencanak di tengah-tengah kenaikan harganya.

Dilaporkan, terdapat lonjakan besar dalam urus niaga pada hari Ahad dan awal Isnin di mana satu blok merekodkan lebih 10,000 transaksi manakala 132,377 blok pada layer-2 capai 10,371 urus niaga iaitu jumlah transaksi tertinggi dalam satu blok STX.

Menurut Muneeb Ali, co-founder STX berkata mint BTC degens* telah mengakibatkan blok mempunyai lapan sehingga sepuluh kali transaksi manakala keupayaan NFT dan peluang DeFi seperti penyelesaian layer-2 STX boleh membenarkan peningkatan kelajuan transaksi serta mengurangkan yuran.

*Trader kripto yang kerap terlibat dalam perdagangan sangat spekulatif dan berisiko

Menerusi pemerhatian pada carta harga, STX perlu memecahkan zon rintangannya pada $1.28 terlebih dahulu untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi tetapi jika gagal maka aset digital itu mampu tergelincir semula pada $0.87 ataupun $0.80.

Sehingga berita ini ditulis, harga STX melonjak sebanyak 14.55% pada paras $1.28 dalam tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangan $427 juta kemudian mencatatkan pendakian 40.75% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat