Analisis GOLD – Emas Tepu Sekitar $2,030 Nantikan Pecutan Harga

1,304

Pergerakan harga emas pada awal minggu semalam dilihat stabil mendatar di atas zon $2,020 dan tidak meneruskan kejatuhan lebih rendah selepas harga sedikit tergelincir pada penutupan minggu yang lalu.

Penganalisis pasaran komoditi tetap melihat risiko untuk kejatuhan harga emas minggu ini walaupun pelabur optimis meletakkan jangkaan untuk pemulihan lanjut menyusuli lonjakan harga minggu lalu.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pelabur memerhatikan pergerakan yang berlaku pada pembukaan awal minggu semalam setelah penurunan pada sesi terakhir minggu lalu cecah sekitar 2016.00.

Harga sedikit meningkat pada sesi New York semalam ke paras 2030.00, namun dilihat terhalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang masih menunjukkan isyarat bearish buat harga.

Pergerakan harga yang bersambung pada hari ini (Selasa) pula, masih kekal mendatar di bawah garisan halangan MA50 itu sehingga ke sesi Eropah.

Jika harga semakin menurun di bawah paras 2020.00 akan meningkatkan kecenderungan untuk jangkaan penurunan berlaku menuju paras 2000.00.

Susut di bawah paras 2000.00 pula akan memberi amaran bahaya untuk emas yang boleh terperosok semula ke dasar 1980.00 seperti minggu sebelum ini.

Namun jika harga berjaya melonjak lebih kukuh selepas ini, cabaran awal perlu dihadapi harga adalah pada zon 2050.00.

Jika rintangan tersebut berjaya dilepasi, kenaikan harga mampu diteruskan dengan potensi untuk mencapai pula 2070.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat