STRAX ‘Mengaum’ Terus Kekal Pergerakan Trend Bullish

154

Stratis dibangunkan sebagai penyedia perkhidmatan kewangan dan perusahaan lain untuk menguji, membangunkan dan menggunakan aplikasi berasaskan blockchain.

Aspek tersebut dinilai untuk mengelakkan kebimbangan overhead dan keselamatan dalam mengendalikan rangkain mereka sendiri.

Terbaru, Stratis telah memperincikan Roadmap 3.0 pada 9 Julai yang dilihat sebagai titik tolak untuk lonjakan yang ketara pada harga STRAX.

Selain itu, Stratis juga dikhabarkan telah mengusahakan kontrak pintar dan sokongan NFT untuk Unity 3D sebagai sokongan kepada projek yang ingin dibangunkan.

Pergerakan harga STRAX terus tampil mencatatkan lonjakan untuk kembali menguji zon resistance sekitar $1.90-$1.95 berdasarkan kepada carta STRAX/USDT.

Melihat daripada sudut teknikal, harga STRAX telah melonjak melebihi 90% setelah mencapai paras sokongan terendah $1.0 pada 22 Jun.

Sekiranya harga STRAX mengekalkan rentak kenaikan, harga dilihat bakal kembali menguji paras resistance seterusnya sekitar $2.15.

Jika pergerakan harga STRAX berjaya menembusi paras resistance $2.15, secara tidak langsung ia bakal memberi bayangan untuk harga kekal uptrend.

Paras resistance berikutnya sekitar $2.50 bakal menjadi paras tumpuan untuk diuji jika harga STRAX terus membuat kenaikan.

Namun sebaliknya jika harga kembali peroleh momentum penurunan, paras RBS (resistance become support) $1.75 bakal kembali diuji.

Paras RBS $1.75 tersebut juga bakal dinilai sama ada zon tersebut mampu untuk menyokong semula lonjakan harga atau terus menyusut.

Penurunan harga yang lebih rendah dilihat bakal menguji semula paras RBS yang lebih rendah sekitar $1.55 untuk menyangkal trend kenaikan.

Setakat jam 2.00 petang waktu tempatan, harga STRAX terus pamerkan lonjakan melebihi 17% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $1.97.

Lihat gambar carta matawang kripto STRAX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat