Sudah Bersedia Dengan FOMC? Baca Sini Dulu!

623

Sepi menghiasi dagangan sesi Eropah ketika pasaran menghitung detik menuju mesyuarat polisi FOMC pada sesi New York (2.00 pagi waktu Malaysia).

Sebelum itu, pelabur akan menyaksikan penerbitan data pekerjaan ADP sektor swasta Amerika Syarikat terlebih dahulu yang akan dijadikan petunjuk kepada laporan NFP pada Jumaat.

US dolar bergerak mendatar sementara hasil bon AS 10 tahun pula sedikit berubah menandakan kewaspadaan pelabur menjelang keputusan besar Federal Reserve (Fed).

Fed dijangkakan secara meluas untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas dan terdapat spekulasi bahawa bank pusat itu akan memberi indikasi untuk memperlahankan kenaikan.

Pasaran kini berbelah bahagi sama ada bank pusat itu akan melaksanakan kenaikan 75 mata atau 50 mata asas pada mesyuarat Disember, memandangkan beberapa pegawai Fed telah menyatakan kebimbangan mengenai potensi kelembapan dalam ekonomi.

Beralih kepada mata wang Eropah, euro juga didagangkan mendatar di tengah-tengah tekanan inflasi yang semakin meningkat di Zon Eropah.

Mata wang pound pula sedikit berubah dengan pelabur turut menantikan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis.

Sementara itu, mata wang yen mencuri peluang untuk mencatat keuntungan walaupun selepas mendengarkan kenyataan gabenor Bank of Japan (BOJ), Haruhiko Kuroda yang dovish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat