Susulan Laporan NFP, EUR/USD Melonjak Lebih 100 Pips!

451

US dolar dijangka akan terus bergerak lemah pada minggu ini susulan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April yang diterbitkan dengan bacaan mengecewakan.

Meleset berbanding jangkaan untuk meningkat hampir ke paras 1 juta, pertambahan pekerjaan AS sebaliknya sekadar mencatatkan angka 266,000 lebih rendah berbanding 770,000 pada bacaan bulan sebelumnya. Malah, kadar pengangguran juga turut meningkat.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga melonjak dari zon SBR (support become resistance) 1.20600 sehingga sehingga ke zon resistance 1.21700 selepas laporan NFP diterbitkan.

Selain penyusutan US dolar, terdapat juga faktor yang menyokong mata wang Euro untuk mendorong kenaikan lebih tinggi pada carta EUR/USD.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen mengumumkan bahawa Kesatuan Eropah (EU) telah mengikat perjanjian bersama BioNTech/Pfizer untuk tambahan 1.8 bilion dos vaksin Coronavirus untuk tahun 2021 hingga 2023.

Memulakan dagangan pada minggu ini, harga sedikit meningkat ke paras 1.21800 pada awal sesi Asia untuk rekod paras tertinggi 11 minggu sebelum susut semula ke paras 1.21500.

Dengan situasi semasa, pelabur akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi harga pada carta EUR/USD untuk minggu ini dengan jangkaan US dolar yang terus lemah.

Kenaikan harga selanjutnya bakal ke paras ketinggian 1.22500 dan juga 1.23000. Kenaikan ke paras tersebut akan merekodkan paras tertinggi terbaru 18 minggu.

Namun jika harga susut semula, zon RBS (resistance become support) 1.20900-1.20600 akan kembali menjadi tumpuan.

Penurunan lebih rendah bakal ke paras support 1.20000 yang telah menyokong harga naik semula pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat