Susulan Mesyuarat BOE, GBP/USD Melonjak 130 Pips!

531

Matawang Pound Sterling mempamerkan lonjakan ketara harga semalam susulan keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat England yang lebih positif berbanding jangkaan pasaran.

Berbanding ramalan penurunan, Bank of England (BOE) sebaliknya telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% dengan kenyataan bernada hawkish disokong oleh data-data ekonomi tumpuan yang bertambah pulih.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam, harga yang membuat penurunan menguji zon support mingguan 1.29800 pada sesi Eropah kemudiannya membuat kenaikan semula sebelum lonjakan harga mencatatkan lebih 130 pips kenaikan ke paras lebih tinggi.

Harga yang berjaya melepasi paras 1.31000 yang merupakan zon SBR (support become resistance) kemudiannya sedikit menurun dengan pergerakan harga kembali perlahan sehingga sesi New York berakhir.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga masih dilihat menguji zon SBR 1.31000 tersebut sementara pasaran turut berwaspada menantikan detik bersejarah untuk Britain mengundurkan diri dari Kesatuan Eropah (EU) hari ini.

Momentum kenaikan harga yang dikekalkan dilihat akan mendorong harga meneruskan kenaikan menuju zon resistance 1.31500.

Zon resistance tersebut turut diuji pada minggu lalu susulan data PMI UK diterbitkan sehingga mencapai paras ketinggian 1.31730 namun harga kembali ditekan semula ke paras lebih rendah.

Sekiranya harga kembali membuat penurunan semula hari ini, harga bakal turun semula ke paras 1.30200 yang menjadi zon tumpuan harga sebelum ini sebelum menguji zon support mingguan 1.29800.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support 1.29600 yang gagal ditembusi 2 minggu berturut-turut.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat