Susut Bawah $1.2500, GBP/USD Kekal Corak Bearish Awal Minggu

137

Carta pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam dilihat mengekalkan corak penurunan di awal minggu menunjukkan Pound bergerak lebih lemah berbanding US dolar.

US dolar walau bagaimanapun dilihat kekal suram menjelang mesyuarat FOMC yang membuatkan para pelabur berwaspada untuk sebarang risiko.

Federal Reserve (Fed) dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.25% dan pelabur menantikan isyarat sama ada kenaikan kadar faedah akan mula dihentikan untuk mesyuarat-mesyuarat berikutnya.

Pada carta GBP/USD semalam, harga dilihat berlegar di paras 1.25000 sebelum menyambung penurunan hingga mencecah sekitar 1.24400.

Namun ada lantunan semula di sesi New York dan kemudiannya harga menutup dagangan penghujung sesi di sekitar 1.24600.

Ada corak kenaikan harga yang perlahan dipaparkan pada awal sesi Asia pagi ini (Rabu) dan harga dilihat bakal menguji rintangan pada paras 1.25000 semula.

Selain itu, halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dicarta GBP/USD juga akan diuji dan akan memberi petunjuk pergerakan selanjutnya harga.

Sekiranya halangan-halangan berikut mampu ditembusi, harga bakal meneruskan lagi kenaikan menuju semula paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.25800.

Seterusnya, zon rintangan 1.26000 pula akan menanti untuk diuji dan ditembusi oleh harga sebelum paras ketinggian terbaru akan direkodkan lagi.

Namun jika harga lebih cenderung untuk jatuh lebih rendah, zon sokongan harga pada 1.24000 menjadi kawasan terhampir untuk diuji.

Jika tembus lebih rendah, penurunan akan diteruskan dan dilihat akan mencecah sekitar 1.23000 yang turut menjadi paras tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat