Syarikat Abu Dhabi Ini Sumbang $1 Bilion Untuk Web3!

142

“$1 bilion kot, kalau tak berkembang juga memang rugi lah.”

Platform blockchain Venom Foundation dan pengurusan pelaburan Iceberg Capital berpangkalan di Abu Dhabi mengorak langkah baharu dengan membekalkan dana sebanyak $1 bilion untuk dilabur ke dalam syarikat blockchain dan Web3.

Dilaporkan bahawa pelaburan tersebut akan memfokuskan pada pembayaran, pengurusan aset, kewangan decentralized (DeFi), produk dan perkhidmatan GameFi.

Bukan itu sahaja, kerjasama antara Venom Foundation dan Iceberg Capital turut berhasrat menawarkan pemasaran, sokongan teknikal, undang-undang dan kawal selia kepada syarikat yang terlibat dalam Web3, blockchain ataupun mata wang kripto.

Sementara Iceberg Capital juga berperanan menguruskan dana dan melabur dalam projek mahupun syarikat agar perkhidmatan blockchain, DeFi serta Web3 dapat diperkembangkan secepat mungkin.

Menurut Peter Knez, pengerusi Venom Foundation berkata bahawa syarikatnya mampu menyokong projek tersebut hingga ke firma yang berada di luar Abu Dhabi melalui dana diperuntukannya.

Tambahnya lagi, Venom Foundation akan sedaya upaya mendorong syarikat teknologi mengaplikasikan penyelesaian blockchain berdasarkan proof-of-stake (PoS) selain daripada menawarkan sistem pembayaran, mata wang digital bank pusat (CBDC) dan stablecoin.

Secara keseluruhannya, kedua-dua pihak tersebut yakin langkah baharu mereka itu dapat membangunkan perniagaan Web3 dan rangkuman kewangan secara global pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat