Syarikat Bosch Meluaskan Perniagaan Melalui Pelaburan Matawang Crypto IOTA

551

Syarikat Bosch yang berusia 131 tahun akan meluaskan perniagaan dengan melabur dalam matawang crypto. Bosch merupakan salah satu syarikat utama yang memiliki pengaruh dalam pengeluaran perkakasan, gadget dan produk lain.

Sejak peralihan ekonomi dalam industri 4.0, Bosch telah mengorak langkah dalam sektor IoT (Internet of Things)  dan pelaburan matawang crypto adalah salah satu langkah yang dilakukan. Bagi syarikat gergasi ini, tumpuan diberikan pada industri data berbanding model perniagaan lama dan pergantungan keuntungan terhadap penjualan perkakasan logam.

Justeru, Robert Bosch Venture Capital telah membuat keputusan untuk melabur dalam matawang crypto IOTA. Selain itu, firma tersebut akan menyertai lembaga penasihat rangkaian.IOTA dipilih kerana syarikat tersebut dilihat berpotensi untuk mengumpul pembayaran mikro dan informasi. Dalam masa yang sama, bandari Taipei, Korea Selatan juga dalam proses menggunakan IOTA bagi mengubah bandar tersebut kepada bandar pintar.

IOTA dipilih atas beberapa sebab berdasarkan sumber terpilih. Pertama, IOTA menggunakan teknologi sendiri iaitu ”Tangle”, teknologi ini berbeza degnan teknologi blockchain. IOTA adalah lejar yang diedarkan secara terbuka yang berorientasikan komunikasi dan pembayaran yang selamat. Berbeza dengan blockchain seperti yang digunakan Bitcoin ialah Tangel tidak mempunyai block iaitu blockless, maka dengan IOTA tiada isu scalability.

Kedua, IOTA telah mengendalikan sebanyak $10 billion transaksi dalam lejar walaupun baru berusia 2 tahun dalam pasaran data.Ketiga, IOTA telah menjalankan kerjasama dengan beberpa syarikat gergasi seperti Microsoft, Samsung, dan Fujitsu.

Keempat, IoT sedang bertumbuh pada kadar 28.5% setahun dan dijangkan akan bernilai sebanyak $267 billion pada tahun 2020.

IOTA akan menjadi pemain penting dalam pasaran ini dan akan mendatangkan banyak kelebihan kepada syarikat Bosch.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat