Lonjakan Saham Wall Street Mendorong Pengukuhan Saham Asia

473

Bursa saham Asia mengukuh pada hari ini seiring dengan pergerakan bursa saham Jepun selepas pasaran ekuti ditutup berikutan cuti negara.

3 indeks utama Wall Street mengukuh bagi hari kedua didorong oleh peningkatan keyakinan pelabur setelah pasaran ekuiti US jatuh menjunam pada minggu lepas. Walaubagaimanapun, pasaran kembali pulih selepas kadar faedah aset berisiko di US di kurangkan.

Pada hari Isnin indeks S&P 500 meneruskan pengukuhan apabila ditutup pada paras 1.4%. Walaupun begitu, para pelabur masih mengambil sikap berhati-hati kesan daripada kejatuhan hampir US$2 trillion dari saham US.

Indek Topix, Jepun naik 0.4% dan indeks Nikkei 225 naik 0.9% pada perdagangan hari Selasa.

Indeks S&P/ASX 200 di Australia mengukuh sebanyak 0.2%. Indeks Kospi Korea Selatan naik 0.7%, dan indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.6%.

Bursa Malaysia juga menunjukkan trend yang sama selepas dibuka tinggi pada hari ini, melanjutkan keuntungan dan pertambahan belian daripada pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat