Tak Berjaya Tembus $1.2900, GBP/USD Berundur Turun

243

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang berterusan minggu lalu dilihat gagal dikekalkan ketika menyambung dagangan awal minggu semalam.

Pada minggu lalu dapat diperhatikan kenaikan yang diteruskan sehingga ke penghujung minggu hampir menyentuh paras 1.29000 sekaligus merekodkan paras tertinggi sejak Julai 2023.

Namun situasi mula berubah pada Isnin semalam apabila harga yang bergerak mendatar di sesi Asia dan Eropah sekitar paras 1.28500 kemudiannya menunjukkan penurunan ke zon 1.28000 semula.

Harga turut dilihat jatuh di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu sebagai isyarat awal untuk pergerakan bearish.

Pergerakan harga perlahan di zon 1.28000 di sesi Asia pagi ini sementara pelabur berhati-hati untuk mata wang Pound menjelang laporan data pekerjaan UK yang akan diterbitkan di sesi Eropah sebentar lagi.

Dan di sesi New York malam nanti pula, data inflasi Amerika Syarikat (AS) pula akan menyusul untuk memberi impak pergerakan GBP/USD hari ini.

Sekiranya lonjakan harga berlaku, kenaikan dijangka akan kembali semula menuju sasaran rintangan 1.29000.

Jika berjaya melepasinya, kenaikan harga akan diteruskan untuk catatkan paras tertinggi yang terbaru untuk tempoh 8 bulan.

Namun jika harga menjunam ke bawah, paras 1.27000 dilihat sebagai tumpuan untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Kedua-dua data di sesi Eropah dan New York boleh memberi impak besar terhadap corak pergerakan harga selanjutnya. Pelabur perlu berhati-hati.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat