Tak Sempat Nak Sekat XRP, Coinbase Disaman!

1,748

Coinbase berhadapan dengan saman gara-gara masih menjual matawang kripto XRP.

Saman tersebut dikemukakan oleh pengguna Coinbase, Thomas Sandoval yang mendakwa Coinbase mengaut keuntungan hasil penjualan XRP ketika pihak firma sedia maklum XRP merupakan sekuriti.

Menurut Sandoval, Coinbase perlu cakna dengan isu semasa yang melibatkan Ripple Labs disaman oleh Securities and Exchange Commission (SEC) pada minggu lalu.

Coinbase telah dituduh melanggar Unfair Competition Law of California (UCL) dengan meraih komisen hasil penjualan XRP.

Di bawah akta tersebut, sebarang aktiviti perniagaan haram dan pengiklanan palsu di akan dikenakan tindakan undang-undang.

Nampaknya, Coinbase tidak bernasib baik kerana baru dua hari lepas, platform pertukaran matawang kripto itu mengumumkan sekatan perdagangan XRP bermula 19 Januari 2021 susulan daripada isu saman tersebut.

Sehingga kini, sebanyak 14 platform pertukaran kripto telah mengumumkan sekatan terhadap XRP.

Bagaimanapun, Coinbase masih belum membuat sebarang ulasan berhubung dengan isu berkenaan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat