Tak Usah Taruh Harapan Pada Pasaran Jika Bursa Terus Menyakitimu

242

Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan minggu ini dengan pembukaan rendah dengan sentimen pasaran terus berisiko memandangkan prestasi Wall Street berakhir lemah Jumaat lalu.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 16.29 mata pada 1,484 daripada penutupan Jumaat pada 1,500.29.

Indeks dibuka lemah 13.77 mata pada 1,496.38.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 494 mengatasi kaunter untung pada 47, manakala 152 kaunter pula tidak berubah, 1,666 tidak didagangkan dan 81 digantung.

Jumlah perolehan pada 200.45 juta unit bernilai RM105.12 juta.

Ulas Nota Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan dijangka mengalami penjualan yang meluas ekoran kemerosotan di Wall Street selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberi ucapan bernada hawkish.

Dalam pada itu, firma menggariskan saham teknologi mungkin kehilangan minatnya memandangkan terdapat kebangkitan kebimbangan implikasi kadar faedah tinggi global.

Ekoran itu, sektor yang mungkin menjadi tumpuan pula adalah saham pengguna, amanah pelaburan hartanah, bahan binaan, utiliti dan perbankan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank susut 3 sen pada RM8.88 dan RM4.60, Petronas Chemicals jatuh 1 sen pada RM8.68, CIMB turun 11 sen pada RM3.35 dan IHH Healthcare junam 2 sen pada RM6.35.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) turun 3 sen pada 84.5 sen, waran Serba Dinamik Holdings Bhd gugur 0.5 sen pada 1.5 sen dan Agmo Holdings Bhd jatuh 2 sen pada 87.5 sen sementara Borneo Oil Bhd kekal pada 2.5 sen dan VinVest Capital Holdings Bhd mendatar pada 19.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menurun 132.52 mata pada 10,516.32, indeks FBMT 100 menghilang 123.74 mata pada 10,269.62, FBM 70 merudum 195.69 mata pada 12,550.46, FBM ACE merosot 123.37 mata pada 4,833.0 dan indeks FBM Emas Shariah Index menyusut 161.04 mata pada 10,598.93.

Segi sektor, indeks Perladangan melemah 65.90 mata pada 6,988.44, indeks Produk dan Perkhidmatan menyusut 2.57 mata pada 179.61, indeks Perkhidmatan Kewangan mengurang 117.62 mata pada 16,606.07 dan indeks Tenaga menurun 14.24 mata pada 713.20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat