Fuh! Berpeluh Tengok Emas Terjun Tak Ingat Dunia

3,665

Lautan merah menghiasi dagangan awal minggu di mana logam berharga emas tidak terkecuali untuk menjunam lebih parah pada sesi Asia selepas terkesan dengan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Dalam ucapan di Jackson Hole pada Jumaat lalu, Powell menegaskan bank pusat akan meneruskan kenaikan kadar faedah untuk menghentikan inflasi daripada menjadi aspek kekal dalam ekonomi Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, malah kadar faedah yang tinggi mungkin akan dikekalkan untuk beberapa waktu bagi memastikan inflasi turun menghampiri sasaran 2% bank pusat.

Kenyataan beliau telah mendorong junaman dalam pasaran saham dan mata wang utama, manakala US dolar terbang ke paras ketinggian terbaharu 20 tahun.

Sementara dagangan emas pula terjun lebih rendah pada sesi Asia dengan didagangkan di paras terendah satu bulan pada $1,723 per auns.

Logam kuning itu telah susut lebih 1% pada Jumaat lalu dan terus menyambung penurunan lebih jauh pada sesi Asia hari ini.

Walaupun Powell mengakui bahawa kadar faedah yang tinggi akan memberi kesan kepada isi rumah dan perniagaan di Amerika, tetapi ia adalah ‘kesakitan’ yang perlu ditanggung dan fokus utama Fed adalah untuk mengembalikan kestabilan harga.

Meskipun emas secara meluas dianggap sebagai lindung nilai inflasi dan ketidaktentuan ekonomi, kadar faedah yang lebih tinggi menyebabkan logam kuning itu hilang daya tarikannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat