Tarif Akan Menjadi Perbahasan Utama Dalam Pertemuan G7

350

Presiden Donald Trump tidak berhasrat untuk menarik pandangan yang telah diambil beliau berkenaan perdagangan, kata penasihat ekonomi tertinggi Rumah Putih. Trump bakal bertemu dengan G7 minggu ini di Kanada dalam acara sidang kemuncak.

Pertemuan pada hari Jumaat dan Sabtu di Charlevoix, Quebec, akan membuka ruang kepada pemimpin G7 untuk mengutarakan pandangan kepada Trump secara langsung berkenaan tarif U.S. terhadap import besi dan aluminium dari Kanada, Mexico dan Kesatuan Eropah yang dikenakan minggu lalu.

Tindakan Trump itu telah medatangkan ketidaksenangan di negara-negara G7 dan menyebabkan beberapa negara seperti Kanada dan Mexico menemplak kembali kenyataan Trump. Selain itu, pelabur juga menzahirkan kekhuatiran terhadap perang perdagangan yang boleh menjejaskan ekonomi global.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, sebagai tuan rumah pada perjumpaan kali ini, dan Perdana Menteri Britain, Theresa May antara yang mengkritik tarif A.S. sebagai tidak adil dan menghukum juga akan turut menghadiri.

Trump yang bertekad untuk melindungi industri dan pekerja U.S. kerana beliau beranggapan ia berpunca daripada persaingan perdagangan global yang tidak adil. Beliau juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Trudeau dan Presiden Perancis Emmanuel Macron semasa sidang kemuncak itu, kata Larry Kudlow.

Terdapat laporan yang melaporkan selepas Macron bertemu Trudeau untuk berbincang di Ottawa pada hari Rabu, berkata enam negara bukan US-G7 bersatu dalam topik utama yang akan dibincangkan iaitu tarif. Kumpulan G7 Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Itali, Perancis dan Jerman. EU juga akan menghadiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat