Teliti Situasi Pasaran Saham Hari Ini

407

Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini, menjejaki penurunan yang dialami dagangan Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.98 mata kepada 1,588.34 daripada 1,591.32 ketika ditutup semalam.

Bernama melaporkan, indeks itu dibuka 0.23 lebih rendah kepada 1,591.22.

Bagi pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 255 berbanding 127, sementara 281 kaunter tidak berubah manakala 1,541 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 318.66 juta bernilai RM137.55 juta.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove naik satu sen kepada RM5.35, Press Metal dan Hartalega masing-masing menokok tiga sen kepada RM5.33 dan RM9.58, sementara Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM4.19, RM8.12 dan RM4.29.

Maybank dan TNB masing-masing turun tiga sen kepada RM8.36 dan RM9.96, IHH Healthcare susut lima sen kepada RM5.30, Maxis kurang empat sen kepada RM4.66 dan Axiata menguncup dua sen kepada RM3.70.

Bagi saham aktif, Tuju Setia melonjak 11.5 sen kepada 81.5 sen; OCR menambah satu sen kepada 23.5 sen; Censof naik enam sen kepada 41.5 sen; manakala Focus Dynamics, Nexgram dan Tanco masing-masing tidak berubah pada enam sen, 3.5 sen dan 15.5 sen, sementara Dagang Nexchange turun 2.5 sen kepada 74.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 22.50 mata kepada 11,582.65 dan Indeks FBMT 100 kurang 20.66 mata kepada 11,259.7.

Indeks FBM Emas Shariah turun 25.97 mata kepada 12,903.4, FBM ACE susut 30.61 mata kepada 7,786.99 dan FBM 70 merosot 25.44 mata kepada 14,949.7.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 9.69 mata kepada 6,950.97; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.04 mata kepada 196.06 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 19.63 mata kepada 14,992.10

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat