Tembus Lagi! AUD/USD Terbang Ke Paras Tertinggi 4 Minggu

121

Mata wang komoditi termasuk dolar Australia dan New Zealand didagangkan meningkat pada awal minggu ini berbanding US dolar yang tak menentu setelah pelabur meneliti data-data ekonomi utama minggu lalu.

Sentimen pasaran masih dipantau dengan kebimbangan terhadap krisis perbankan membuatkan pelabur berjaga-jaga di man jika risiko kembali meningkat semula, mata wang komoditi tersebut boleh menyusut semula.

Dolar Australia dilihat telah berjaya meningkat ke paras tertinggi 4 minggu berbanding US dolar dengan corak kenaikan yang dipaparkan semalam.

Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah mencapai paras ketinggian 0.68000 semalam, namun pengukuhan US dolar di sesi New York telah menekan sedikit harga ke bawah sebelum harga ditutup di paras sekitar 0.67800.

Pergerakan harga yang masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sejak minggu lalu, kekal menunjukkan isyarat untuk potensi kenaikan harga.

Menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), harga berlegar pada zon 0.67700 yang hampir di paras sokongan MA50, menguji zon yang sebelum ini menjadi rintangan buat harga.

Sekiranya harga melantun naik ke atas, corak bullish bakal diteruskan sebelum kenaikan harga mengatasi ketinggian semalam.

Seterusnya paras ketinggian terbaru akan dicatatkan lagi dengan sasaran untuk mencapai sehingga 0.69000 selepas zon 0.68300 berjaya ditembusi.

Namun jika harga menunjukkan terjunan lebih rendah dan turut melepasi paras MA50, petanda awal untuk corak bearish harga bermula akan menjangkakan penurunan ke paras tumpuan 0.67000.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan dilihat akan menguji pula zon 0.66500 selepas menunjukkan pergerakan bearish yang lebih jelas.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat