Tergempar! SOL Tewaskan BNB, Harga Meletup $200!

493

“Pergh lain macam kenaikannya, SOL pacak lagi walaupun BTC jatuh.”

Enggan menghiraukan kejatuhan Bitcoin (BTC), harga mata wang kripto Solana (SOL) terus menggunung tinggi ke $204 sehingga modal pasarannya mencecah paras tertinggi sepanjang masa menewaskan Binance Coin (BNB) yang sebelum ini berada di kedudukan top 4 aset digital terbesar dari segi modal pasaran.

Namun perlu diketahui harga SOL masih jauh di bawah paras tertinggi sepanjang masa November 2021 iaitu $259.96 susulan terdapat banyak aset digital berada dalam pasaran kripto sekarang berbanding tahun 2021.

SOL mula berkembang pesat pada November 2023 atas beberapa sebab, antaranya adalah pembangun berpendapat ia pantas dan murah, jenama utama seperti Shopify serta Visa pula menggunakan blockchainnya dan trader memecoin berpusu-pusu ke chain itu disebabkan yurannya yang rendah.

Bukan itu sahaja, minat dalam rangkaiannya turut mencanak semasa kenaikan pasaran kripto tercetus terutamanya apabila token meme baharu seperti BONK dan dogwifhat (WIF) menjadi semakin popular di kalangan pelabur.

Suka dimaklumkan juga bilangan token SPL baharu pada rangkaian SOL telah naik ke paras tertinggi bersejarah, di mana purata lebih daripada 7,800 SPL yang dicipta setiap hari sepanjang minggu lepas berjaya menandakan peningkatan ketara dalam aktiviti penciptaan token.

SPL adalah Solana Program Library yang berfungsi sebagai piawaian untuk cipta dan urus token pada blockchain SOL sama seperti ERC-20 pada Ethereum (ETH) dan ia memainkan peranan penting dalam membenarkan penyepaduan lancar dengan pelbagai aplikasi atau platform berasaskan SOL.

Setakat penulisan ini, harga SOL melonjak sebanyak 6.02% pada paras $197 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $87 bilion seterusnya merekodkan pendakian 43.48% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat