FOMC Jadi Penentu, EUR/USD Akan Menjunam Lagi Minggu Ini?

308

Pelabur waspada untuk dagangan US dolar pada awal minggu berdepan acara tumpuan pada minggu ini iaitu mesyuarat FOMC.

Minggu lalu US dolar berjaya mengukuhkan kedudukannya berbanding kebanyak mata wang utama lain selepas bacaan data inflasi pengguna dan pengeluar masing-masing mencatatkan peningkatan.

Ini memberi petunjuk awal terhadap penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) yang berkemungkinan masih akan menangguhkan pemotongan kadar faedah.

Walaupun berjaya kukuh ketara pada Khamis selepas data diterbitkan, namun momentum US dolar pudar pada Jumaat untuk bergerak mendatar di penutupan minggu tersebut.

Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan mula dipaparkan pada Khamis ke bawah zon 1.09000 sebelum harga mendatar pada Jumaat di bawahnya.

Harga yang turut bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu memberi isyarat bearish untuk pergerakan selanjutnya.

Jika US dolar teruskan pengukuhan, harga bakal menyambung pergerakan bearish tersebut dari zon 1.09000 seterusnya menuju pula ke zon tumpuan 1.08000.

Malah harga boleh menjunam lebih parah jika impak besar berlaku ketika keputusan mesyuarat FOMC diumumkan nanti.

Tidak mustahil juga untuk harga melonjak tinggi melepasi zon 1.09000 semula sekiranya US dolar alami penyusutan ketara.

Harga boleh mengatasi paras-paras minggu sebelum ini dan kemudiannya menuju sasaran pada ketinggian 1.10000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 10 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat