Emas Mula Tunjukkan Kelayuan, Data China Bakal Beri Kejutan?

1,158

Emas kini berlegar sekitar $2,155 semasa waktu dagangan awal Asia pada pembukaan minggu ini. Kejatuhan logam kuning berlaku disebabkan oleh data inflasi AS untuk Februari yang lebih kukuh daripada jangkaan dan mungkin Fed akan menangguhkan pemotongan kadar faedah.

Sementara itu, perkembangan positif yang berlaku dalam langkah rangsangan daripada pihak berkuasa China serta permintaan kukuh dalam ekonomi mereka mungkin bakal meningkatkan harga emas.

Harga emas kini berada pada paras $2,156.05 iaitu kenaikan lemah sebanyak 0.1% sejak pembukaan dagangan awal pagi tadi.

Data ekonomi AS baru-baru ini menunjukkan bahawa inflasi kekal tinggi dan meyakinkan Fed untuk terus menunggu sehingga mendapati lebih banyak data untuk mengurangkannya ke arah sasaran 2%.

Pasaran menjangkakan FOMC akan mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat Mac Rabu minggu ini. Mereka tidak akan tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah kerana pegawai Fed memerlukan lebih masa untuk mendapatkan keyakinan tinggi untuk menurunkan inflasi.

Kadar faedah yang lebih tinggi dalam tempoh jangka masa panjang mampu memberi kenaikan kukuh buat mata wang dolar AS dan membebankan harga emas untuk terus menurun.

Pada minggu ini, Menteri Kewangan China Lan Fo menekankan keperluan untuk meneruskan pelaksanaan dasar fiskal yang proaktif dan meningkatkan pemulihan ekonomi negaranya.

Para pelabur kini meningkatkan pertaruhan mereka bahawa penggubal dasar akan melaksanakan langkah pelonggaran monetari tambahan termasuk pengurangan rizab bank.

Perkembangan positif yang menyelubungi ekonomi China mungkin meningkatkan harga emas kerana China adalah ekonomi kedua terbesar di dunia dan pembeli emas utama dunia.

Para pelabur emas akan memantau dengan teliti laporan Jualan Runcit dan Pengeluaran Perindustrian China untuk Februari yang akan dikeluarkan pada jam 10.00 pagi Isnin. Selain itu, keputusan kadar faedah FOMC dan sidang akhbar akan menjadi tumpuan pada Rabu ini.

Data-data ini boleh memberikan arah yang jelas kepada harga emas seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat