Terkini: Pentadbiran Trump Memilih Untuk Tangguhkan Pengenaan Tarif 10% Ke Atas Sebahagian Barangan China!

747

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wakil Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), pentadbiran Trump akan menangguhkan pengenaan tarif sebanyak 10% ke atas beberapa produk China termasuk komputer riba dan telefon pintar yang sebelum ini dijadualkan akan dikenakan tarif bermula bulan hadapan.

Tindakan USTR tersebut dilaporkan susulan beberapa minit selepas Menteri Perdagangan China umumkan bahawa Naib Presiden Liu He baru sahaja menelefon wakil perdagangan AS.

Antara produk yang akan ditangguhkan pengenaan tarif sehingga 15 Disember ialah komputer, permainan konsol, beberapa jenis permainan, monitor komputer dan beberapa jenis pakaian termasuk kasut. Beberapa jenis produk yang berada kumpulan berbeza juga akan dimasukkan dalam senarai penangguhan namun tergantung pada penilaian kesihatan, keselamatan, keselamatan negara dan faktor-faktor lain.

Susulan laporan ini dikeluarkan, indeks saham cip telah meningkat kepada 2.8%, saham Apple pula melonjak melebihi 5%.

Sebelum ini, Presiden Donald Trump menyatakan pada 1 Ogos, bahawa beliau akan mengenakan tarif sebanyak 10% ke atas barangan China yang bernilai $300 billion. Trump menyalahkan China kerana tidak menepati janji untuk membeli lebih banyak barangan pertanian Amerika. Trump juga secara peribadi mengkritik Presiden Xi Jinping.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.37% pada paras 97.560 setakat jam 10.45 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat