Tersasar Daripada Jangkaan, Ekonomi Jerman Menambah Kedukaan Buat Dagangan Euro

254

Data tumpuan pada sesi Eropah hari ini menyaksikan penyumbang terbesar ekonomi Zon Eropah iaitu Jerman gagal mencatatkan sebarang pertumbuhan pada suku keempat 2019 didorong oleh penggunaan isi rumah dan perbelanjaan kerajaan yang perlahan.

Bacaan awal pertumbuhan GDP Jerman tanpa dijangka mencatatkan pertumbuhan sifar selepas kenaikan 0.2% yang dicatatkan dalam bacaan yang disemak semula pada suku ketiga dan tersasar daripada jangkaan pasaran untuk pertumbuhan 0.1%.

Secara tahunan, kadar pertumbuhan meningkat sebanyak 0.3% pada suku keempat, merosot daripada bacaan sebelumnya 1.0%, tetapi ia lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan sebanyak 0.2%.

Ekonomi terbesar Eropah telah kehilangan momentum pertumbuhannya ekoran kelemahan dalam sektor pembuatan disebabkan kemerosotan dalam eksport, sektor automotif yang bergelut dengan peralihan kepada penggunaan kereta elektrik dan perang perdagangan A.S dan China.

Turut menambah kebimbangan, adalah penularan wabak coronavirus atau COVID-19 yang dikatakan bakal menjejaskan ekonomi Jerman yang setakat ini dilihat telah mengganggu rantaian bekalan global.

Sementara itu, penggunaan isi rumah dan perbelanjaan kerajaan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan jika kelemahan kedua-dua sektor ini berterusan pada tahun ini, ia bakal menambahkan lagi kebimbangan terhadap kemelesetan.

Ekoran daripada bacaan yang mengecewakan, dagangan dolar euro mencatatkan penurunan berbanding US dolar untuk diniagakan di sekitar paras terendah dalam tempoh 2 setengah tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat