Teruskan Mendaki, GBP/USD Cuba Untuk Atasi Ketinggian Dicapai Minggu Lalu!

129

Carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan corak kenaikan harga diteruskan pada dagangan Selasa semalam.

Adakah mata wang Pound sememangnya kukuh?

Jika diteliti faktor dasar bank pusat, Bank of England (BOE) sebelum ini telah memberi isyarat untuk menghentikan pengetatan dasar monetari. Ini dilihat akan lebih mendorong penyusutan terhadap mata wang Pound.

Namun, cabaran terbesar dihadapi oleh BOE adalah untuk ‘menjinakkan’ inflasi yang masih berada di paras yang tinggi. Kadar faedah masih perlu ditingkatkan lagi?

Dalam ucapan oleh Gabenor BOE Andrew Bailey semalam mengenai krisis perbankan yang melanda, ekonomi UK dikatakan tidak akan terkesan dengan krisis tersebut namun akan terus memantau situasi tersebut.

Jadi, faktor yang dilihat memberi kesan peningkatan harga pada carta GBP/USD adalah lebih didorong oleh penyusutan yang berlaku ke atas US dolar.

Tarikan terhadap US dolar semakin pudar sementara prospek dasar monetari Federal Reserve (Fed) kekal tidak berubah yang menjangkakan fasa pengetatan akan ditamatkan berikutan krisis yang melanda.

Kenaikan harga yang diteruskan pada Selasa semalam telah melepasi paras 1.23000 dan mencapai ketinggian sekitar 1.23500.

Pergerakan harga mendatar di ketinggian tersebut menyambung dagangan hari ini (Selasa) yang dilihat cuba untuk mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.

Pergerakan bullish masih dijangkakan dengan harga yang masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Kenaikan yang diteruskan dijangka akan mencatatkan paras ketinggian terbaru menuju 1.24000.

Ketinggian tersebut merupakan zon rintangan penting yang diuji sepanjang dagangan Januari yang lalu.

Waspada sekiranya harga mula membuat penurunan semula setelah gagal menyambung corak kenaikan tersebut.

Susut di bawah paras 1.23000 dan menembusi sokongan MA50 akan menjadi isyarat awal untuk perubahan trend harga bakal bermula.

Seterusnya harga dilihat akan turun menguji sekali lagi zon RBS (resistance become support) pada 1.22000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat