Tergempar! Alibaba Buat Rombakan Besar-besaran

400

Sehari selepas kepulangan Jack Ma ke China, Alibaba mengumumkan rancangannya untuk membahagikan perniagaannya kepada enam unit berasingan.

Ini merupakan langkah drastik dalam pembentukan semula firma e-dagang yang diasaskan oleh Jack Ma hampir 25 tahun lalu.

Enam unit tersebut adalah Cloud Intelligence Group, Taobao Tmall Commerce Group, Local Services Group, Cainiao Smart Logistics Group, Global Digital Commerce Group dan Digital Media and Entertainment Group.

Menurut syarikat itu, setiap unit perniagaan baharu akan diawasi oleh ketua eksekutif dan lembaga pengarahnya sendiri.

Namun, Daniel Zhang akan kekal sebagai pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alibaba dan juga berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cloud Intelligence Group.

Selain itu, lima daripada kumpulan perniagaan itu juga akan mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan modal luar dan berpotensi untuk mendapatkan IPO sendiri.

Penganalisis berpandangan rombakan itu boleh mengurangkan ancaman pihak berkuasa China terhadap syarikat tersebut yang telah menjadi sasaran pengawal selia selama bertahun-tahun.

Langkah mengejutkan ini telah memacu lonjakan dalam saham Alibaba sebanyak 15% dalam indeks Hang Seng di Hong Kong pada sesi Asia.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat