Tiada Data Ekonomi Tumpuan Hari Ini, Tapi Berjaga-jaga

709

Dolar USD terus melonjak pada dagangan semalam berikutan rundingan perdagangan terbaru antara Amerika Syarikat dan China dilihat sukar untuk mencapai kesepakatan sebelum tarikh akhir rundingan berakhir Mac nanti.

USD mengekalkan pengukuhan untuk hari ke lapan berturut-turut, disokong oleh faktor permintaan terhadap matawang safe-haven oleh para pelabur ekoran kebimbangan terhadap isu perang dagang yang berlarutan serta pertumbuhan ekonomi global yang bergerak perlahan menjadikan matawang dengan kecairan paling tinggi itu menjadi pilihan.

Rundingan tahap tinggi di Beijing pada minggu ini akan menjadi isyarat tumpuan untuk pelabur di mana harapan adalah kepada perkembangan yang positif dalam rundingan berbanding lanjutan tarikh akhir 1 Mac untuk menentukan sama ada tarif bakal dinaikkan lagi.

Sementara itu, dengan ketiadaan berita ekonomi yang menjadi tumpuan hari ini, Sterling dijangka akan terus didagangkan lemah dan berisiko terkesan oleh sentimen ekonomi di UK yang merosot berdasarkan pada bacaan data yang dikeluarkan sehingga semalam. Hal tersebut juga akan turut memberi tekanan terhadap Perdana Menteri Britain, Theresa May yang terus berusaha untuk mendapatkan hasil keputusan yang terbaik untuk pelan perjanjian Brexit beliau yang semakin kesuntukan masa.

Dapat diperhatikan GBP didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain pada penghujung pasaran Eropah bersambung sehingga ke sesi pasaran New York. Dan juga, seperti analisis yang dikongsikan dalam artikel sebelum ini, GBP/USD telah membuat penurunan hampir 90 pips mencatatkan paras terendah semasa yang baru di sekitar paras support 1.2850 selepas menyentuh paras SBR (support become resistance) pada 1.2930.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat