Tiga Tumpuan Utama Pasaran Hari Ini

60

Fokus Matawang Yen

Gabenor Bank Pusat Jepun (BoJ), Haruhiko Kuroda akan berucap kali kedua minggu ini dalam persidangan di Tokyo. Ucapan Kuroda ini keluar sehari selepas Perdana Menteri Jepun mengumumkan pilihan raya bakal dijalankan lebih awal. Pelabur akan menumpukan kepada yang sebarang arahan baru bagi menangani  “krisis negara” ditengah-tengah ancaman Korea Utara.

Yen yang terkenal dengan matawang safe haven semakin kurang permintaan berbanding dolar berikutan fokus para pelabur beralih daripada ketegangan geopolitik di serantau Korea kepada jangkaan kenaikan kadar faedah Fed akhir tahun ini.

Pasangan matawang USD/JPY tutup pada harga 112.88 di sesi yang lalu, naik 0.58%

Ucapan Gabenor BoE, Carney

Gabenor Mark Carney dijadualkan untuk memberi ucaptama dalam persidangan Bank Pusat England sempena sambutan 20 tahun kemerdekaan di London pada jam 4.15 petang.

Ucapan Carney ini akan diteliti berikutan banyak dikalangan pelabur menjangkakan BoE akan menaikkan kadar faedaah untuk pertama kalinya sejak 10 tahun yang lalu pada bulan November ini. Carney menjelaskan pada penetapan dasar yang lalu kebarangkalian kadar faedah dinaikkan adalah “tinggi”.

Ketika ini, pound masih lemah berbanding greenback, tutup pada harga 1.3398 semalam, susut 0.45%

Data Ekonomi Utama Amerika

Malam ini akan dikeluarkan bacaan rasmi KDNK suku tahun ke suku tahun (q/q), dan ekonomi US dijangka meningkat sebanyak 3 peratus pada suku tahun yang lalu.

Bersama-sama bacaan ini, data tuntutan pengangguran mingguan juga akan dikeluarkan oleh Jabatan buruh. Laporan ini menghitung bilangan individu yang memohon insurans pengangguran bagi minggu yang berakhir pada 22 September lalu. Penganalisis menjangkakan tuntutan meningkat 11,000 kepada jumlah 270,000.

Menjelang laporan ini, dolar dilihat masih mengukuh berbanding matawang utama yang lain berikutan para pelabur mengharapkan pembaharuan cukai yang dibentangkan oleh Trump awal pagi hari ini dapat memperkukuhkan ekonomi US dimasa hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat