Tips: Bagaimana Menganalisis Pergerakan Matawang Mengikut Jangkaan Pasaran?

680

Forex trader sering melihat data-data ekonomi untuk menjangkakan pergerakan nilai matawang ataupun pasangan matawang. Namun, ramai tidak tahu pasaran forex juga bergerak mengikut jangkaan pasaran.

Apabila jangkaan terhadap sesuatu matawang adalah positif di masa hadapan, seringkali kita melihat matawang itu akan mengukuh. Begitu juga sebaliknya, matawang sukar untuk mengukuh jika jangkaan pasaran terhadap matawang tersebut negatif.

Seperti yang biasa kami ulas di dalam Moshed Live Show bahkan di dalam artikel, faktor fundamental adalah sangat penting untuk kita melihat pergerakan matawang dalam jangka panjang. Begitu juga sentimen penting untuk kita menentukan pergerakan matawang dalam jangka yang lebih pendek.

Perlu kita tentukan fundamental dan sentimen semasa matawang, agar kita dapat mengetahui kecenderungan pasaran itu bergerak ke atas atau ke bawah.

Kami bagi contoh mudah mengikut situasi semasa.

Situasi tersebut adalah perkembangan politik di New Zealand. Klik sini untuk maklumat lebih lanjut.

Pasaran ketika ini kurang yakin dengan perkembangan politik dan polisi di New Zealand. Hal ini sebenarnya membentuk jangkaan yang negatif terhadap hasil pelaburan di negara tersebut.

Dengan jangkaan pelaburan yang agak berisiko lebih-lebih lagi Kerajaan baru New Zealand mahu menambah mandat ‘tambahan pekerjaan dalam ekonomi’, sebenarnya menunjukkan polisi monetari yang lebih cenderung kepada pelonggaran di masa hadapan.

Disebabkan oleh jangkaan ini, NZD atau Kiwi lebih cenderung bergerak ke bawah dan sebenarnya kita telah melihat kejatuhan NZD sejak daripada minggu lalu pada Khamis (19 Oktober). Sehingga hari ini kecenderungan matawang ini masih lagi dinilai akan bergerak ke bawah.

Begitulah pasaran forex ini bergerak mengikut jangkaan pasaran secara keseluruhan. Hal ini juga boleh dilihat dalam data-data ekonomi penting yang dikeluarkan.

Namun, jika anda tidak memahami asas-asas dalam analisis fundamental dan teknikal, sebenarnya sukar untuk anda memahami apakah jangkaan pasaran dalam satu-satu masa.

 

Dapatkan buku analisis fundamental & teknikal di sini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat