Tony Hawk Kolaborasi Dengan The Sandbox Bina Skatepark Di Metaverse

260

‘Mengimbau kenangan bermain game skateboard dulu-dulu dalam The Sandbox pulak lepas ni.’

Lagenda pemain sukan skateboard Amerika Syarikat (AS), Tony Hawk dilaporkan akan bekerjasama dengan platform permainan terdesentralisasi ‘The Sandbox’ dan syarikat non-fungible tokens (NFT) ‘Autograph’.

Menerusi perkongsian Tony Hawk di Twitter, ia memaparkan sebuah video promosi kolaborasinya bersama 2 syarikat tersebut dengan menyatakan rancangan untuk mencipta sebuah skatepark terbesar dalam metaverse.

Tambah icon skateboard itu lagi, beliau merupakan peminat teknologi termasuk ideologi metaverse dalam usaha membawa masuk budayanya ke dalam dunia maya.

Diperjelaskan bahawa Autograph bertanggungjawab menghasilkan projek NFT ‘Tony Hawk LAND’ yang merangkumi utiliti termasuk avatar sehingga ke pakaian dan peralatan berdasarkan acara X Game tahun 1999 yang sangat ikonik dengan Hawk.

Sementara itu, The Sandbox pula akan menyediakan ruang ataupun dalam cerita ini platform bagi mengintergrasikan budaya skateboard dalam dunia maya.

Terang pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Autograph, Dillion Rosenblatt, syarikat sangat teruja untuk bekerjasama dengan Hawk dalam memberi pengalaman baharu yang menyeronokkan ke dalam metaverse.

Beliau juga menzahirkan komitmennya untuk memastikan kerjasama dengan The Sandbox membuahkan hasil terbaik dalam memenuhi aspirasi Hawk dan peminatnya.

Umum mengetahui bahawa The Sandbox merupakan platform popular dan pilihan ramai dengan ia berkolaborasi bersama beberapa nama besar seperti Warner Music Group, Ubisoft, The Rabbids, Gucci Vault, The Walking Dead dan Adidas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat