Trader Emas Boleh Makan Besar Dengan Keuntungan Sesi Ini

60

Harga emas mula melonjak lebih tinggi setelah data China menimbulkan kebimbangan baru terhadap ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Sementara itu, emas meningkat sebanyak 0.56% kepada $1.260.95 satu troy ounce.

Data China sebelum ini melaporkan kejatuhan dalam nilai eksport dan juga import.

Data perdagangan ini yang menimbulkan kebimbangan terhadap kejatuhan dalam ekuiti global dan penurunan sementara dalam Dollar memberi ruang untuk peningkatan emas dan matawang yen. Hal ini kerana pasaran cenderung untuk melindungi pelaburan mereka dengan emas dan yen yang dianggap sebagai ‘safe-haven’ asset.

Hari ini juga dianggap penting kerana beberapa lagi data akan dikeluarkan bagi menilai tahap perkembangan ekonomi semasa.

Juga di Comex, silver futures meningkat. Sebaliknya buat copper futures apabila didagang merosot sebanyak 0.85%.

China adalah pengguna copper yang terbesar yang menyumbang hampir 45% daripada penggunaan dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat