Ujian Peluru Berpandu Korea Utara Dilepaskan, Instrumen Safe-Haven Melonjak

73

Harga emas terus meningkat di atas $1,300 berikutan permintaan emas kekal tinggi selepas ucapan pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen  tidak menyentuh tentang hala tuju polisi monetari atau penyata imbangan, mengurangkan lagi jangkaan terhadap perubahan kadar faedah yang ketiga untuk tahun ini.

Kontrak emas bagi bulan Disember di Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) terus melonjakan sebanyak 0.59% atau $7.64 kepada $1,322.96 di awal sesi pasaran Asia hari ini. Emas telah meningkat sehingga $17.59 atau 1.36% pada sesi yang lalu

Harga emas sedang menghampiri paras tertinggi 10 bulan yang lalu, di sokong oleh dollar yang jatuh mendadak ke paras terendah 16 bulan yang lalu berikutan jangkaan terhadap perubahan kadar faedah Fed semakin pudar, di tambah pula dengan ujian peluru berpandu daripada Korea Utara yang dilepaskan berhampiran utara Jepun hari ini meningkatkan risiko geopolitik di sana.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut semalam sebanyak 0.32%, tutup di paras 92.17

Selain itu yen mengambil kesempatan atas kelemahan dollar dan risiko di semenanjung Korea dengan menolak pasangan matawang USD/JPY jatuh lebih rendah pada sesi Asia hari ini. USD/JPY susut sebanyak 53 pips kepada 108.72 setakat jam 8.15 pagi. USD/CHF pula jatuh sebanyak 0.26% kepada 0.9527.

Kelemahan dollar meningkatkan permintaan terhadap instrumen safe-haven termasuk emas. Kontroversi yang melanda politik Trump turut menjadi kebimbangan para pelabur sehingga mereka semakin ragu dengan kebolehan beliau untuk meneruskan agenda pembaharuan cukainya.

Walau bagaimanapun, keraguan tersebut dijangka akan reda minggu ini berikutan penasihat ekonomi Trump, Gary Cohen cuba meyakinkan para pelabur dengan menyatakan bahawa presiden akan membawa pembaharuan cukai ini dalam dalam siri ucapannya bermula hari Rabu sehingga Jumaat nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat