UK Optimis! Perjanjian Baru Akan Ditandatangani Dengan Switzerland

147

UK dan Switzerland pada hari Khamis berdasarkan laporan bahawa kedua-dua pihak akan menandatangani perjanjian perkhidmatan kewangan pasca-Brexit bagi memperatkan jalinan kerjasama dua pusat perbankan terbesar di Eropah.

Menteri Kewangan Britain, Jeremy Hunt, akan berjumpa dengan rakan sejawat Switzerland, Karin Keller-Sutter, di Bern untuk menandatangani perjanjian pengiktirafan bersama. Dimana perkara  dijangka mereka akan menyatakan akan memudahkan hubungan perniagaan antara syarikat kewangan dan individu berpendapatan tinggi di kedua pasaran tersebut.

Jabatan Kewangan Britain mengumumkan pada hari Rabu bahawa perjanjian itu adalah satu lonjakan paradigma bagi Britain pasca-Brexit dimana ia akan meningkatkan akses pasaran  sempadan bagi pelbagai perkhidmatan kewangan yang dijual oleh bank, syarikat insurans, dan pengurus aset.

“Perjanjian Perkhidmatan Kewangan Bern hanya dapat dilakukan disebabkan oleh kebebasan baru yang diberikan kepada UK selepas berundur dari EU”. “Perjanjian ini akan meningkatkan hubungan perkhidmatan kewangan yang sudah berkembang diantara UK dan Switzerland,” tambah Jabatan Kewangan.

Butir-butir perjanjian ini belum diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, beberapa pemerhati memaklumkan ia kemungkinan akan menandakan kemajuan daripada kerangka kesetaraan yang dimiliki Britain dengan Switzerland semasa di Kesatuan Eropah.

David Henig, pengarah UK di pusat pemikir bebas European Centre for International Political Economy, mengatakan perjanjian ini adalah “berita baik” yang akan memanfaatkan pengaruh Britain dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Perdana Menteri UK Rishi Sunak pada awalnya memulakan perbincangan dengan Switzerland pada tahun 2020, ketika beliau menjawat jawatan menteri kewangan, dengan menyatakan bahawa perjanjian itu akan menzahirkan visi bersama kedua-dua negara untuk ekonomi yang “terbuka, global, dan bebas.”

Kerajaan Konservatif Britain yang kini berkuasa telah lama menganggap penandatangan perjanjian perdagangan baru sebagai manfaat dari Brexit. Pada Jun, Britain menandatangani perjanjian untuk menyertai blok perdagangan bebas di Asia-Pasifik yang melibatkan 11 negara termasuk Australia, Singapura, Jepun, dan Kanada, menandakan perjanjian perdagangan baru ketiganya sejak secara rasmi keluar dari blok tersebut pada 31 Januari 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat