Tinjauan Pasaran Emas : Apa Yang Anda Perlu Tahu

1,785

[Artikel Tajaan]

Emas telah diniagakan tinggi pada pembukaan sesi pasaran hari ini berikutan kejatuhan bond perbendaharaan Amerika (U.S Treasury Yields). Jumlah dagangan emas di jangka akan mendatar berikutan kedatangan cuti sambutan Krismas pada hujung minggu ini.

Sentimen pasaran kini masih lagi mengharapkan kebarangkalian yang tinggi terhadap penurunan kadar faedah secara agresif oleh Fed pada tahun hadapan, dan ini membuatkan permintaan terhadap emas kekal tinggi. Walaubagaimanapun, kenyataan ahli Fed baru-baru ini mengenai potensi pemotongan kadar faedah yang sederhana bakal dilaksanakan pada tahun hadapan telah mengakibatkan pelabur emas pada masa kini mengambil langkah berwaspada dan sekaligus mengakibatkan harga emas dilihat kekurangan daya naik.

Apa yang pasti pelabur pasaran kini menantikan data penting yang bakal diterbitkan esok iaitu “Personal Consumption Expenditures (PCE)” bagi pengeluaran November. Data ini merupakah data utama yang diguna pakai oleh Fed di dalam menilai kadar inflasi semasa di Amerika. Selain itu juga, pada malam ini data “Gross Domestic Product (GDP)” bagi siri laporan suku ketiga bakal diterbitkan. Kedua data ini mampu memberikan petunjuk terhadap perancangan Fed di dalam hala tuju kadar faedah pada tahun hadapan. Dan ia mampu memberikan rangsangan yang kuat terhadap pasaran emas.

Bullish atau Bearish?
Berdasarkan sentimen semasa pasaran pada ketika ini mengenai hala tuju Fed, dan data semasa ekonomi dilihat pasaran emas masih lagi berpihak kepada bullish. Akan tetapi, berikutan kenyataan Ahli Fed Austan Goolsbee dan Loretta Mester, telah membuatkan pelabur lebih berhati-hati, dan ini mampu memberikan impak “pull-back” terhadap emas. Data GDP dan PCE yang bakal diterbitkan mampu mengubah sentimen pasaran semasa secara “total”.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat