Ulasan Penetapan Polisi Bank of England, GBP/USD Setakat Ini Stabil

33

Bank of England (BoE) seperti dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 0.50% pada Khamis. Pengekalan kadar faedah ini diundi dengan undian 9-0.

Dalam mesyuarat sebelum ini, hanya tujuh orang ahli MPC (Monetary Policy Committee) yang mengundi kenaikan kadar faedah di mana dua orang lagi Dave Ramsden dan Jon Cunliffe mahu mengekalkan kadar di paras 0.25%.

Selain itu, ahli-ahli MPC juga bersetuju untuk mengekalkan program pembelian aset pada amaun £435 billion dan juga mengekalkan pembelian bon korporat sebanyak £10 billion.

Minit mesyuarat menunjukkan komen-komen ahli bank pusat bahawa data ekonomi baru-baru ini bercampur-campur dan tidak banyak memberi kesan kepada prospek ekonomi di masa hadapan.

Bank pusat mengatakan pertumbuhan ekonomi global kekal kukuh di mana secara domestik petunjuk pertumbuhan ekonomi suku keempat mungkin lebih rendah daripada suku ketiga. Minit juga menunjukkan pasaran buruh kekal ketat (kukuh) dan bank pusat menjangka ia akan berterusan.

“Adalah terlalu awal untuk melihat kesan kenaikan kadar faedah pada November terhadap ekonomi, di mana impak kenaikan itu kepada isirumah dan firma kekal konsisten seperti sebelum ini.”

Selepas data inflasi mencapai paras 3.1% pada November, MPC mengatakan, “inflasi dijangka akan kekal di paras tertinggi dan akan merosot kepada 2% dalam jangka masa sederhana”.

Mengulas tentang keluarnya Britain daripada Kesatuan Eropah, BoE mengatakan, “Ia kekal menjadi pengaruh signifikan dan sumber ketidaktentuan kepada prospek ekonomi”.

Bank pusat juga menegaskan sekali lagi bahawa kenaikan kadar faedah di masa hadapan adalah secara sederhana untuk mencapai sasaran inflasi yang kekal kukuh dan stabil.

BoE menegaskan sebarang kenaikan kadar faedah dijangka secara beransur-ansur dan terhad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat