Update Semasa Mengenai Pergerakan Matawang Utama Sesi Eropah

67

Ketegangan isu geopolitik di Korea Utara yang masih berterusan memberi sokongan kepada matawang Jepun. Dalam sesi Eropah ini juga, US Dollar masih didagang perlahan dan meneruskan kerugian mingguan.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama kali terakhir dinilai melonjak kepada 100.590, lebih tinggi dari yang dicatat sebelum ini, namun kekal menjunam sebanyak 0.6 peratus sepanjang minggu ini.

Sebelum ini Presiden AS, Donald Trump berkata bahawa Korea Utara akan diteliti secara rapi memandangkan wujud spekulasi dari China mengenai ujian nuklear kali keenam yang bakal dilancarkan oleh Pyongyang.

Gara-gara ketegangan ini, US Dollar membenam Won Korea Selatan sebanyak 0.8 peratus kepada 1,138.50.

Menurut Ketua Firma Pertukaran Wang Asing Global-info Co di Tokyo, pasaran tidak banyak bergerak hari ini kerana kebanyakan pelabur telah mengambil tindakan untuk menjual US Dollar dalam jangka masa pendek. Kini, pasaran hanya menanti sebarang cetusan yang bakal menggerakkan pasaran akan datang.

US Dollar meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 109.15 Yen, namun menunjukkan penurunan mingguan sebanyak 1.7 peratus.

USD/JPY, 30 minit

Pasaran juga menyaksikan thin trading memandangkan cuti umum di kebanyakan negara sempena Good Friday.

Sementara itu, beberapa data ekonomi juga bakal dikeluarkan hari ini, dan mungkin akan mempunyai kesan ke atas hasil AS dan US Dollar. Namun begitu, impaknya mungkin kecil memandangkan pasaran bon ditutup hari ini. Pendapat ini dikeluarkan oleh Ayako Sera, iaitu ketua penganalisis ekonomi kanan di Sumitomo Mitsui Trust.

Data jualan runcit AS bagi bulan Mac dijangka akan dikeluarkan melemah kepada angka tujuh bulan terendah memandangkan hanya meningkat sebanyak 0.1 peratus bagi bulan Februari.

Dalam sesi Eropah, Euro didagang stabil pada hari ini dan meningkat sebanyak 0.2 sepanjang minggu walaupun kebimbangan mengenai pilihanraya Perancis masih mempengaruhi sentimen.

Data Perdagangan Jepun Bagi Bulan Mac diramal Positif!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat