US Dolar Kekal Pengukuhan, Tumpuan Terarah Kepada ECB Pukul 7.30 Malam Ini

37

U.S dolar mencatat peningkatan berbanding enam matawang lain pada hari Khamis berikutan laporan data perkhidmatan U.S yang memberangsangkan dengan minit mesyuarat ECB akan jadi perhatian pukul 7.30 malam ini.

Walaupun akhir-akhir ini isu-isu positif seperti data-data ekonomi U.S sehingga reformasi cukai U.S positf, U.S dolar hanya meningkat kurang dari 3% berbanding pada bulan lepas.

Penganalisis di Gavekal menyatakan sebarang tumpuan atau perubahan signifikan keatas reformasi cukai U.S dan perubahan dalam polisi China di Beijing akan mendorong peningkatan U.S dolar.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain meningkat 0.03% iaitu pada 93.50.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada Rabu, aktiviti industri sektor perkhidmatan U.S meningkat pada bulan September ke paras tertinggi 13 tahun lalu dengan sokongan dari indeks tempahan baru. Selain itu, sektor swasta U.S menambah 135,000 pekerjaan pada bulan September walaupun ditimpa badai Harvey dan Irma.

Peningkatan hasil bon U.S juga mendorong peningkatan U.S dolar. Hasil bon 10-tahun meningkat menghampiri 30 mata kepada 2.34% berbanding bulan lepas.

Matawang Euro sedikit meningkat kepada $1.1773 pada pukul 4 petang tadi selepas enam minggu menyusut.

Minit mesyuarat polisi September bank pusat Eropah (ECB) pada jam 7.30 malam akan menjadi tumpuan utama. Mesyuarat tersebut akan memberi indikasi berkenaan pelan penamatan pelonggaran polisi. Antara tumpuan pasaran adalah ‘impak kenaikan matawang Euro’ untuk persediaan mereka di masa hadapan.

Menurut Viraj Patel, penganalisis matawang di ING Bank, apa-apa indikasi yang menunjukkan penerimaan bank pusat terhadap pengukuhan matawang Euro mungkin akan menjadi pemangkin untuk lonjakan matawang tunggal ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat