USD/CAD Dah Terjun 100 Pips, Sempat Lagi Ke Nak ‘SELL’?

1,140

Apakah faktor utama yang mendorong penurunan harga pada carta USD/CAD sejak semalam?

Faktor yang sama mendorong penyusutan US dolar dan juga pengukuhan dolar Kanada iaitu isu vaksin.

Selepas laporan berkenaan vaksin AstraZeneca yang memberi hasil keputusan ujian peringkat awal yang memberangsangkan, keyakinan pasaran semakin bertambah dengan laporan vaksin CanSinoBIO dari syarikat China yang menunjukkan tindak balas positif dalam ujian fasa 2 ke atas manusia.

Sentimen risk-on pasaran ini melemahkan matawang US dolar berikutan permintaan terhadap aset safe-haven kembali berkurang.

Oleh sebab yang sama juga, permintaan terhadap minyak mentah turut meningkat disebabkan jangkaan untuk pemulihan ekonomi lebih pantas.

Ini telah memberi sokongan terhadap matawang dolar Kanada atas faktor minyak mentah merupakan eskport utama mereka.

Pada carta harga USD/CAD, dapat dilihat penurunan jelas harga dari paras ketinggian hampir 1.36000 sehingga 1.35250 pada penghujung sesi New York.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini meneruskan penurunan lebih rendah dan telah berjaya melepasi paras terendah minggu lalu pada 1.35000.

Sesi Eropah melihatkan harga cuba untuk melepasi zon support tersebut untuk mencatatkan paras terendah 6 minggu.

Namun jika zon support tersebut gagal ditembusi, harga berkemungkinan akan membuat kenaikan semula ke sekitar paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50).

Kenaikan lebih tinggi melepasi halangan MA50 di rangka masa 1 jam pergerakan harga dilihat akan kembali semula ke zon resistance di atas paras 1.36200.

Untuk dagangan Loonie, pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap data jualan runcit Kanada pada sesi New York yang dijangka positif dan bakal memberi sokongan terhadap matawang Kanada itu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat