USD Dah Berhenti Naik Ke?

696

US dolar diniagakan sedikit susut selepas mencapai paras tertinggi terbaru satu tahun ketika pasaran menuju ke penghujung minggu.

Bagaimanapun, raja matawang itu masih mengekalkan momentum pengukuhannya untuk didagangkan pada paras tertinggi lebih satu tahun berbanding pesaing utamanya.

Para pelabur telah meningkatkan harapan bahawa inflasi AS yang tinggi akan memaksa para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) untuk mengubah dasar mereka dengan menaikkan kadar faedah lebih awal.

Ini dilihat daripada pergerakan hasil perbendaharaan AS jangka pendek yang semakin tinggi, terutamanya hasil bon lima tahun yang telah menokok ke paras tertinggi Februari 2020.

Berbanding enam matawang utama lain, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan berlegar pada sekitar harga 95.15.

Pasaran juga menjangkakan kenaikan kadar pertama akan dilakukan menjelang bulan Julai 2022, iaitu selepas pengurangan pembelian bon dijangka berakhir. Sementara kenaikan kadar kedua pula dijangka dibuat pada November.

Euro pula masih didagangkan lemah pada paras terendah 16 bulan berbanding USD walaupun pergerakan harga dilihat mula mencatat sedikit kenaikan pada sesi Eropah.

Sementara matawang pound juga didagangkan positif di atas paras harga 1.3400 berbanding greenback, yang mungkin disokong oleh perkembangan baru dalam isu pasca Brexit dan pengunduran dagangan USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat