USD/JPY Berpotensi Pecah Rekod Tertinggi Sejak Tahun 1990!

363

Carta pasangan mata wang USD/JPY telah paparkan pergerakan menarik apabila bank pusat Jepun membuat keputusan yang mengejutkan berkenaan dasar monetari mereka.

Bank of Japan (BOJ) telah menamatkan polisi kadar faedah negatif mereka yang telah dikekalkan sejak 8 tahun lalu dengan bertindak untuk menaikkan kadar faedah untuk pertama kali sejak tahun 2007.

Kadar faedah terbaru adalah pada 0.0%-0.10% yang dinaikkan daripada -0.10% sebelum ini.

Namun gabenor Kazuo Ueda menyatakan bahawa pembelian bon akan diteruskan pada jumlah yang sama seperti sebelum ini.

Mata wang Yen alami kejatuhan nilai yang ketara selepas mesyuarat tersebut dan berterusan untuk beberapa sesi sehingga ke sesi Asia pagi ini.

Penganalisis pasaran menjangkakan jika ada petunjuk untuk kenaikan kadar faedah lagi selepas ini barulah akan mula menyokong pengukuhan Yen semula.

Namun, kejatuhan nilai Yen yang ketara itu mengundang kebimbangan dalam pasaran terhadap kemungkinan campur tangan bank pusat dan kerajaan boleh berlaku.

Pelabur menyaksikan kenaikan harga yang mendadak pada carta USD/JPY semalam sehingga harga menembusi zon kritikal 150.00.

Bukan setakat melepasinya sahaja, malah harga telah mencapai ketinggian 150.900 yang mengatasi paras rintangan diuji sepanjang bulan Februari lalu.

Susulan Yen terus mengalami penyusutan, harga menyambung kenaikan lebih tinggi di sesi Asia pagi ini sehingga paras sekitar 151.500 dicapai pada awal pembukaan sesi Eropah.

Kini harga dilihat akan menuju paras 151.900 iaitu paras tertinggi dicapai pada November tahun lalu dan turut menjadi rintangan buat harga pada dagangan Oktober 2022.

Dengan momentum kukuh yang sedang dipaparkan, harga berpotensi untuk memecah paras tersebut sekaligus akan mencatatkan rekod harga tertinggi terbaru sejak tahun 1990.

Namun, waspada sekiranya campur tangan bank pusat dan kerajaan Jepun berlaku yang boleh menjunamkan harga sehingga bawah paras 150.00 semula.

Selain itu, pelabur akan turut menantikan keputusan mesyuarat FOMC yang boleh mempengaruhi pergerakan harga menuju penghujung minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat