Sorotan Laporan Tahunan BNM 2023

352

Berikut di bawah adalah laporan-laporan penting berkenaan data ekonomi Malaysia yang dicatatkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sepanjang tahun 2023 dan ramalan 2024 yang diumumkan pada pagi tadi.

1. Kadar Pengangguran

Bank Negara Malaysia menjangkakan gaji akan terus meningkat pada 2024 berikutan kelembapan tahun lepas dan kadar pengangguran berkemungkinan kekal stabil sama seperti tahun lepas.

Menurut Kajian Ekonomi dan Kewangan 2023, laporan pekerjaan diunjurkan terus berkembang disebabkan oleh permintaan yang berterusan di tengah-tengah pemulihan berterusan dalam sektor berkaitan pelancongan dan aktiviti perdagangan luar.

BNM meramalkan kadar pengangguran akan stabil sekitar purata sejarahnya sebanyak 3.3% pada 2024.

2. Subsidi

Kesan langkah reformasi seperti rasionalisasi subsidi adalah bersifat sementara dan ia tidak memerlukan campur tangan dasar monetari.

Malaysia dijadual mengembangkan usaha rasionalisasi subsidinya melalui subsidi yang disasarkan untuk diesel dan petrol yang dijangka akan dilancarkan tahun ini di saat berlakunya peningkatan bil subsidi sehingga RM81 bilion yang dianggarkan pada 2023 sahaja.

3. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Bank pusat itu menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia melantun semula kepada 4% hingga 5% tahun ini berbanding 3.7% pada 2023. Inflasi dijangka berkisar antara 2% hingga 3.5% pada 2024 berbanding 2.5% pada 2022.

4. Ekonomi Domestik

BNM meramalkan kenaikan positif pada jangkaan laporan KDNK 2024 didorong oleh perbelanjaan domestik yang berdaya tahan dan dengan sokongan tambahan yang berpunca daripada jangkaan pemulihan dalam eksport .

5. Ringgit Malaysia (RM)

Pergerakan ringgit yang menyusut sebanyak 3.9% berbanding dolar AS dan sebanyak 3.7% berbanding rakan perdagangan utama dari segi efektif nominal sejak kebelakangan ini tidak menggambarkan asas ekonomi negara.

Bank pusat itu juga memberi amaran pergerakan naik turun nilai mata wang pada masa akan datang mungkin masih bergelora walaupun jangakaan tekanan ringgit berkurangan kerana kitaran pengetatan global semakin menghampiri penghujungnya.

BNM menegaskan bahawa ringgit yang semakin lemah akan memudaratkan ekonomi domestik.

6. Kadar Inflasi

CPI utama dan teras mungkin kekal sederhana tahun ini dalam keadaan permintaan yang stabil dan tekanan harga yang terkawal walaupun mempunyai risiko untuk meningkat.

Indeks harga pengguna (CPI) pengukur utama inflasi Malaysia dijangka meningkat 2% hingga 3.5% pada 2024 daripada 2.5% pada 2023.

Teras CPI, yang mengukur inflasi dipacu domestik akan mencapai 2% hingga 3% berbanding purata 3% pada 2023. Itu masih di atas purata jangka panjangnya di tengah-tengah permintaan dalam negeri yang semakin meningkat dan dijangkakan lagi dengan kenaikan gaji.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat