USD/JPY Terjun 80 Pips Pada Sesi Asia, Namun Harga Gagal Tembusi Zon Support

410

Pasaran digemparkan oleh serangan balas Iran terhadap Amerika Syarikat yang kembali meningkatkan risiko dalam pasaran.

Dilaporkan Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara tentera Amerika Syarikat di Iran sebagai tindakan balas susulan serangan baru-baru ini yang mengorbankan nyawa Jeneral Qasem Soleimani.

Ekoran serangan tersebut, dagangan safe-haven pamerkan peningkatan ketara pada sesi Asia pagi ni berikutan kebimbangan pelabur terhadap pasaran yang berisiko.

Jelas dilihat penurunan pada pergerakan harga bagi carta pasangan matawang USD/JPY yang turun lebih 80 pips mencecah sekitar paras 107.650 mencatatkan paras terendah terbaru 3 bulan.

Namun, jika dilihat semula pergerakan harga pada dagangan semalam, harga bergerak lebih mendatar menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 108.500-108.600.

Penurunan ketara harga pada sesi Asia pagi ini telah menembusi semula garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat harga akan lebih cenderung meneruskan penurunan.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan menuju zon tumpuan pada dagangan Oktober 2019 lalu sekitar 107.400 dan paras lebih rendah pada 107.000.

Namun harga dilihat membuat kenaikan semula menguji MA50 sebelum dijangka penurunan kembali diteruskan.

Penyusutan Yen berlaku disebabkan tawaran Iran untuk menghentikan serangan jika Amerika Syarikat tidak membalas respon serangan. Walau bagaimanapun, pasaran masih berada dalam situasi berisiko.

Sekiranya harga terus bergerak lebih tinggi, harga akan cuba melepasi zon SBR yang diuji pada dagangan semalam sebelum menuju paras lebih tinggi sekitar 109.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat