USD Kekal Kecundang Di Awal Minggu, Matawang Ini Pula Terus Kukuh!

374

US dolar terus mempamerkan penyusutan pada awal minggu, di mana ia turut berada di landasan untuk kerugian bulanan pertamanya dalam tempoh lima bulan menjelang akhir dagangan Mei.

Pada minggu ini, beberapa data ekonomi akan menjadi tumpuan pelabur terutamanya laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang bakal menentukan hala tuju US dolar seterusnya.

Buat masa ini, pelabur telah mengurangkan jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah AS akan merangsang peningkatan raja mata wang itu selanjutnya.

Sementara itu, euro didagangkan meningkat ketika Kesatuan Eropah (EU) masih lagi bergelut untuk mendapatkan kesepakatan bersama dalam usaha menyekat import minyak Rusia.

Mata wang pound turut memaparkan peningkatan susulan pengumuman kerajaan UK untuk memberi bantuan diskaun kepada rakyat yang bergelut dengan bil tenaga yang melambung tinggi meredakan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan yang menyuramkan.

Dolar Aussie dan New Zealand juga didagangkan lebih tinggi ketika Shanghai bersiap sedia untuk pembukaan semula pada bulan Jun dengan mendedahkan rancangannya untuk membantu pemulihan ekonomi di bandar itu.

Selain itu, dolar Kanada pula diniagakan mengukuh di paras ketinggian empat minggu menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) pada minggu ini, selain turut disokong oleh harga minyak mentah yang meningkat tinggi.

Untuk pengetahuan pelabur, pasaran saham dan bon AS ditutup pada hari Isnin sempena cuti umum Hari Peringatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat