USD Tak Penat Mendaki, Sesi New York Bakal Lebih Rancak!

223

US dolar terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama apabila pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah.

Mata wang gergasi itu telah mendapat sokongan sebagai safe-haven selepas data daripada China yang mengecewakan telah mencetuskan semula kebimbangan terhadap pasaran terhadap kemelesetan global.

Sebagai ekonomi gergasi kedua di dunia, kelemahan data ekonomi China telah memberi impak buat mata wang utama khususnya dolar Aussie dan kiwi yang sensitif kepada risiko.

Dolar Aussie kekal didagangkan lemah selepas minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) menunjukkan pembuat dasar bersedia untuk mengambil langkah pengetatan, tetapi mereka mungkin tidak melalui langkah yang telah ditetapkan.

Sementara itu, dagangan mata wang Eropah terus menyusut lebih rendah, menyaksikan pound dan euro masing-masing susut pada sekitar paras terendah satu bulan.

Pada awal sesi Eropah, pelabur telah diperlihatkan dengan bacaan data pekerjaan UK yang bercampur-campur yang memberi petanda pengukuhan dalam pasaran buruh telah mula mereda berikutan pengurangan dalam kekosongan kerja pada Jun.

Dalam pada itu, dolar loonie juga mencatat penyusutan berikutan kebangkitan US dolar ketika tumpuan pelabur kini terarah kepada data inflasi Kanada yang akan diterbitkan pada sesi New York nanti.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sekitar harga 106.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat