USD Tersungkur Lebih Rendah!

589

Kelemahan greenback berterusan sehingga ke pembukaan sesi Eropah ketika hasil perbendaharaan terus merosot lebih rendah, dengan para pelabur semakin yakin bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedah untuk beberapa waktu.

Dalam kenyataan terbaru Pengerusi Fed, Jerome Powell memberitahu bahawa bank pusat AS akan mengurangkan pembelian bon bulanannya sebelum meningkatkan kadar faedah yang tidak mungkin sebelum akhir 2022.

Ini menyebabkan hasil perbendaharaan AS semakin jauh dari puncak ketinggian 14 bulan yang dicapainya sebelum ini, dan jatuh ke sekitar paras 1.615%.

Data tuntutan pengangguran dan jualan runcit yang akan dikeluarkan malam ini akan diperhatikan oleh pelabur untuk mendapatkan petunjuk mengenai pemulihan ekonomi AS.

Euro memanfaatkan peluang untuk meningkat ke paras tertinggi 4 minggu susulan penyusutan US dolar dengan didagangkan kukuh di sekitar harga 1.19700.

Sementara matawang pound pula masih bergelut untuk menembusi paras harga 1.38000 walaupun dengan kemerosotan dolar greenback.

Selain itu, matawang berkaitan komoditi mendaki lebih tinggi, dengan dolar kiwi dan Aussie melonjak ke paras tertinggi hampir 4 minggu berbanding USD.

Di sisi lain, matawang Rubel Rusia merosot lebih 1% disebabkan laporan bahawa Amerika Syarikat akan mengumumkan sekatan terhadap Rusia pada hari Khamis atas tuduhan campur tangan dalam pilihan raya dan serangan siber.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat