USD Tidak Beri Reaksi Terhadap Sentimen Berisiko, EUR/USD Uji Zon $1.1400

260

Pelabur mula berjaga-jaga semula dengan risiko krisis Rusia dengan Ukraine yang bakal kembali tegang dengan laporan bahawa Rusia kembali menggerakkan 10 pasukan tentera mereka berdekatan kawasan Ukraine.

Ini kembali membuatkan pasaran berwaspada selepas sebelum ini Rusia telah pun umumkan pengunduran tentera mereka dari sempadan.

Namun begitu, US dolar masih belum memberi reaksi terhadap jangkaan untuk perubahan sentimen yang berisiko semula menyaksikan pergerakan suram raja mata wang tersebut sehingga ke sesi New York semalam.

US dolar juga tidak memberi reaksi terhadap laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi yang menunjukkan para penggubal polisi bersedia untuk menaikkan kadar faedah namun tidak menyatakan kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat Mac nanti.

Begitu juga pada sesi New York susulan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan meningkat, turut gagal untuk mencetuskan pengukuhan semula US dolar.

Reaksi lemah US dolar terhadap faktor-faktor tersebut menyaksikan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah meneruskan kenaikan menuju paras 1.14000 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Setelah memberi isyarat awal perubahan trend bullish, harga yang telah bergerak di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam perlu melepasi zon SBR 1.14000 untuk memberikan isyarat lebih jelas kepada pelabur untuk kenaikan yang bakal diteruskan.

Kenaikan harga bakal menuju semula ke paras tumpuan sekitar 1.14500 dan juga zon ketinggian pada 1.14800 yang masih belum berjaya ditembusi setelah diuji beberapa minggu kebelakangan ini.

Namun, perkembangan krisis Rusia-Ukraine yang boleh mendorong kebimbangan pasaran semula telah menimbulkan jangkaan untuk penurunan harga bakal berlaku jika US dolar kembali mengukuh.

Penurunan harga dilihat akan menuju zon tumpuan pada 1.12700-1.12500 di mana zon ini telah mencetuskan lonjakan ketika reaksi pasaran terhadap mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) yang lalu.

Penurunan lebih rendah masih mensasarkan sehingga ke paras tumpuan pada 1.12000 dan juga zon support 1.11300 yang diuji pada dagangan penghujung Januari lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat