USDJPY Analisa Fundamental Harian 18 Jan 2016

27

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen merudum lebih 170 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥116.50 sebelum menutup sekitar paras ¥116.75; setelah para trader seolah-olah kembali membida matawang ‘safe-haven’ walaupun pasaran nampaknya telah kembali stabil. Mata wang AS berlegar-legar sekitar paras ¥118.00, disokong oleh sentimen positif berikutan kenaikan semalaman di pasaran ekuiti Amerika Syarikat dan juga Tokyo yang menghentikan kejatuhan mereka pada pagi Jumaat.

“Walaupun pasaran ekuiti Jepun mencatatkan lantunan semula, suasana penghindaran risiko tidak turun sama sekali,” kebimbangan diberikan mengenai kelembapan ekonomi China, kata Minori Uchida, ketua penyelidikan pasaran global di Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ. Bank Rakyat China melemahkan nilai Yuan berbanding Dollar, selepas memegangnya mantap untuk lima sesi berturut-turut, satu langkah yang boleh merangsang sentimen ‘risk-off’.

[adrotate group=”6″]

Bank of Japan sedang mempertimbangkan untuk menurunkan unjuran inflasi bagi tahun fiskal 2016, disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah.  Komen-komen yang boleh menyemarakkan spekulasi bahawa pelonggaran dasar monetari tambahan adalah dalam spekulasi pasaran. Oleh kerana kadar penurunan harga minyak mentah telah lebih cepat daripada yang diandaikan BoJ, Bank Pusat Jepun itu, sekali lagi boleh melanjutkan masa bagi mencapai sasaran inflasi 2%. Pada bulan Oktober lalu, ia mengunjurkan capaian tersebut pada separuh kedua fiskal 2016.

Dalam mesyuarat dasar yang akan datang pada 28 dan 29 Januari ini, BoJ mungkin menyemak semula prospek inflasi kepada sekitar 1% bagi tahun fiskal 2016, apabila harga minyak dijangka kekal lembap untuk masa yang lama. Pada bulan Oktober, BoJ berkata ia menjangka inflasi teras, yang tidak termasuk makanan segar, meningkat 0.1% pada tahun fiskal 2015 dan 1.4% pada tahun kewangan 2016, berikutan peningkatan sederhana dalam harga minyak mentah dari $ 50 setong. Namun kini dengan harga minyak yang rendah sekitar $30 setong, sasaran inflasi Jepun mungkin akan lebih lewat untuk dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat