Wah! Harga Minyak Dah Mula Mengukuh

561

Dagangan minyak mentah meraih pengukuhan pada Selasa selpeas diangkat oleh harapan pelabur terhadap pakej rangsangan tambahan Amerika Syarikat selepas para pemimpin Demokrat dan Republikan mengatakan mereka akan memulakan semula rundingan.

Kekuatan komoditi hitam ini kemudiannya disokong lagi oleh ciapan daripada Presiden AS Donald Trump di laman twitternya yang memberitahu bahawa pegawai tertinggi Demokrat akan bertemu beliau untuk berbincang mengenai pakej rangsangan ekonomi.

Selain itu, pandangan optimis daripada Saudi Aramco mengenai prospek pemulihan pasaran juga telah meningkatkan sentimen, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Amin Nasser menyatakan bahawa permintaan minyak mentah di Asia sudah hampir kembali ke tahap pra-coronavirus.

Sebagai tanda pemulihan penggunaan, kuantiti penerbangan komersial di seluruh dunia meningkat hampir 6% dalam tujuh hari hingga Ahad, menurut data yang dikeluarkan FlighRadar24.

Walau bagaimanapun, secara purata, jumlah 67,000 pesawat yang diterbangkan ketika ini masih jauh di bawah lebih daripada 100,000 semasa pra-Covid19.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat 36 sen kepada $42.30 setong, sementara minyak mentah Brent pula diniagakan menokok 24 sen kepada $45.23 setong.

Harga minyak bersedia untuk naik lebih tinggi namun peningkatan telah dibataskan oleh peningkatan kes Covid-19 di beberapa negara sekali gus menimbulkan keraguan terhadap pemulihan ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat